Friday 22 June 2012

PERSIAPAN BAGI MAJLIS AMANAT SULUNG NAIB CANSELOR UMS

Majlis Amanat Sulung Naib Canselor UMS akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh   :  25 Jun 2012 (Isnin)
Masa     :  8.00am
Tempat  :  Dewan Canselor UMS

Persiapan telah dibuat pada sebelah pagi tadi untuk Kaunter Pendaftaran.


Meja kaunter yang telah siap dihias..haha

Antara wajah-wajah yang bakal menduduki meja-meja pendaftaran pada hari isnin nanti...hehe

So, kepada semua kakitangan-kakitangan UMS...Marilah beramai-ramai hadir untuk mendengar dan menghayati Amanat Naib Canselor UMS yang ke-4 pada hari Isnin depan ni, k...

Sekian.



-DG-

MESYUARAT LEMBAGA PENILAIAN KOMPETENSI [PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN] SIRI 1/2012

Mesyuarat Lembaga Penilaian Kompetensi [Peperiksaan Perkhidmatan] Siri 1/2012  yang bakal dilaksanakan pada 25 Jun 2012 (Isnin), jam 2.30pm bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 5, Bangunan Canselori adalah ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Sehubungan dengan itu, kepada kakitangan-kakitangan akademik yang telah mengikuti kursus Pengajaran dan Pembelajaran DAN MASIH BELUM membuat penilaian praktikulum, bolehlah melakukan penilaian praktikulum dengan segera untuk melicinkan lagi proses permohonan pengesahan jawatan.

Fail Mesyuarat yang telah disiapkan ..huhuhu

KURSUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BIL.2/2012


Salam 1 Malaysia,

Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Siri 2/2012 diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh   :  18 - 29 Jun 2012
Masa    :   8.00am - 5.00pm
Tempat :  Bilik Seminar 5, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial

Hari ini merupakan hari ke-5 kursus tersebut berlangsung.

Kursus yang hanya melibatkan kakitangan Akademik ini dihadiri oleh seramai 20 orang.

Semoga kursus ini akan dapat memberikan manfaat kepada pensyarah-pensyarah yang hadir.

Sekian.




-DG-

Tuesday 5 June 2012

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN [BITK] INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM [IPTA] TAHUN 2011

Salam Sejahtera,

Pada 13 Disember 2011 yang lalu telah berlangsungnya Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan [BITK] IPTA Tahun 2011.

So, kini keputusan peperiksaan telah pun dikeluarkan oleh Pihak Universiti Teknologi MARA.

Oleh yang demikian, merujuk kepada surat daripada Universiti Teknologi MARA bertarikh 17 Mei 2012 dan telah diterima pada oleh pihak kami pada 29 Mei 2012 yang lalu, maka dengan ini diumumkan bahawa keputusan peperiksaan yang diduduki oleh 38 orang staf UMS itu....amat mengecewakan.


Surat keputusan telah diedarkan sebentar tadi. Sekian.




-DG-

AKTIVITI UPDK YANG TERKINI

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Nampaknya lama tidak update blog ni...so, berikut adalah aktiviti-aktiviti terkini yang telah berlangsung dan bakal berlangsung :

MEI
BilKursusTarikhTempatSasaranStatus
1PROGRAM ORIENTASI KHAS KAKITANGAN UMS KONTRAK JABATAN BIL.1/201228 - 29 MEI 2012TEATER AHMAD NISFU, SPSKAKITANGAN BARU UMS LANTIKAN KONTRAK JABATAN (BERDASARKAN SURAT JEMPUTAN)TELAH DILAKSANAKAN

JUN
BilKursusTarikhTempatSasaranStatus
1PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) BIL.2/201218 - 29 JUN 2012BILIK SEMINAR 5, SPiKSPENSYARAH YANG BELUM PERNAH MENGIKUTI KURSUS P&PSEDANG
BERLANGSUNG


SEBARANG PERMOHONAN KURSUS HENDAKLAH MENGGUNAKAN BORANG PEMBANGUNAN KERJAYA YANG BOLEH DIDAPATI DI SINI ------> BORANG PERMOHONAN

Sekiranya terdapat sebarang komen-komen bolehlah isi form di bawah :

Hantar emel kepada kami :

Name:

E-mail:

Comment:


Sekian, terima kasih.

-DG-

Friday 11 May 2012

KURSUS INDUKSI UMUM SIRI 2/2012 -TAMAT-

Alhamdulillah...telah tamatnya Kursus Induksi Umum Bil.2/2012 yang berlangsung pada 23 - 27 April 2012 dan Ujian Akhir pada 10 Mei 2012.

Kelmarin telah diadakan Ujian Akhir bagi kursus Induksi yang terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan.

Berikut adalah bilangan peserta kursus induksi yang terlibat dengan ujian akhir :

Kumpulan Pengurusan dan Profesional - 13 orang
Kumpulan Sokongan  - 11 orang (3 orang peserta menduduki ujian akhir di Kampus Antarabangsa Labuan)

Semoga kesemua peserta akan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang bagi keseluruhan kursus ini yang mana dinilai dari segi tugasan kumpulan + ujian akhir (bagi kumpulan Pengurusan & Profesional dan kumpulan Sokongan : Gred 17 - 40) dan tugasan kumpulan + penilaian ketika kursus (bagi kumpulan Sokongan : Gred 1 - 16).

Selamat Berjaya dan Semoga Cemerlang kesemuanya !




-DG-

Monday 23 April 2012

KURSUS INDUKSI UMUM SIRI 2/2012

Hari ini berlangsungnya Kursus Induksi Umum Siri 2/2012 bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional & Sokongan. Kursus ini akan berlangsung selama 5 hari (23 April - 27 April 2012) dan insyaallah sekiranya diizinkan pada hari sabtu (28 April 2012) akan diadakan Program ODEC untuk aktiviti luar. Ujian Akhir pula akan diadakan pada 10 Mei 2012.

Seramai 39 orang kakitangan yang menghadiri kursus ini. 39 orang kakitangan ini telah dibahagikan kepada 4 buah kumpulan bagi menyempurnakan tugasan dalam kumpulan yang bakal diberikan.

Semoga hari pertama kursus ini, akan memberikan banyak manfaat kepada kakitangan yang hadir.

Sekian.



-DG-

Thursday 19 April 2012

PERSEDIAAN BAGI KURSUS INDUKSI UMUM

Kursus Induksi Umum Bil.2/2012 Kumpulan Pengurusan dan Profesional & Sokongan UMS akan berlangsung pada 23 -2 7 April 2012 dan Ujian Akhir pada 10 Mei 2012.

Alhamdulillah segala persiapan untuk kursus tersebut hampir siap walaupun terpaksa bertungkus lumus menyelesaikan kesemua keperluan tanpa bantuan.

Diharapkan pada hari berlangsungnya kursus tersebut, tidak akan ada sebarang masalah yang timbul.

So, kepada peserta-peserta yang bakal mengikuti kursus tersebut, persiapankanlah diri anda untuk memberi sepenuh perhatian sepanjang kursus berlangsung.

All the Best !


 - DG-

Wednesday 18 April 2012

KURSUS-KURSUS ANJURAN UNIT PEPERIKSAAN DAN KOMPETENSI

JANUARI
Bil Kursus Tarikh Tempat Sasaran Status
1 PROGRAM ORIENTASI KAKITANGAN UMS BIL.1/2012 31 Jan - 1 Feb AUDITORIUM, UMTP KAKITANGAN BARU UMS (BERDASARKAN SURAT JEMPUTAN) TELAH DILAKSANAKAN

FEBRUARI
Bil Kursus Tarikh Tempat Sasaran Status
1 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) BIL.1/2012 7 Feb - 17 Feb BILIK SEMINAR 5, SPiKS PENSYARAH YANG BELUM PERNAH MENGIKUTI KURSUS P&P TELAH DILAKSANAKAN

MAC
Bil Kursus Tarikh Tempat Sasaran Status
1 PROGRAM ORIENTASI KAKITANGAN UMS BIL.2/2012 13 - 14 Mac AUDITORIUM, UMTP KAKITANGAN BARU UMS (BERDASARKAN SURAT JEMPUTAN) TELAH DILAKSANAKAN
2 KURSUS INDUKSI UMUM BIL.1/2012 26 Mac - 30 Mac TEATER AHMAD NISFU, SPS KAKITANGAN SOKONGAN & PENGURUSAN DAN PROFESIONAL TELAH DILAKSANAKAN

APRIL
Bil Kursus Tarikh Tempat Sasaran Status Senarai Peserta
1 UJIAN AKHIR KURSUS INDUKSI UMUM BIL.1/2012 03 April BT5 & BT6, SSMP KAKITANGAN SOKONGAN & PENGURUSAN DAN PROFESIONAL TELAH DILAKSANAKAN -
2 PROGRAM ORIENTASI KAKITANGAN UMS BIL.3/2012 17 - 18 April DEWAN THEATRETTE KAKITANGAN UMSKAL (BERDASARKAN SURAT JEMPUTAN) TELAH DILAKSANAKAN  -
3 KURSUS INDUKSI UMUM BIL.2/2012 23 - 27 April AUDITORIUM, UMTP KAKITANGAN SOKONGAN & PENGURUSAN DAN PROFESIONAL TELAH DILAKSANAKAN SENARAI NAMA

MEI
Bil Kursus Tarikh Tempat Sasaran Status
1 UJIAN AKHIR KURSUS INDUKSI UMUM BIL.2/2012 10 Mei MAKMAL KOMPUTER UMUM 3, UMTP KAKITANGAN SOKONGAN & PENGURUSAN DAN PROFESIONAL TELAH DILAKSANAKAN


SEBARANG PERMOHONAN KURSUS HENDAKLAH MENGGUNAKAN BORANG PEMBANGUNAN KERJAYA YANG BOLEH DIDAPATI DI SINI ------> BORANG PERMOHONAN

Monday 16 April 2012

PROGRAM ORIENTASI KAKITANGAN UMS


Program Orientasi merupakan suatu program latihan suai kenal yang dilaksanakan untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada kakitangan baru mengenai Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sehubungan dengan itu, pihak Unit Peperiksaan dan Kompetensi (UPDK), Sektor Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS telah merancang untuk mengadakan Program Orientasi Kakitangan UMS sebanyak 4 Siri. Sehingga kini, 2 Siri telah pun berlangsung. Siri 3 bakal dilangsungkan seperti butiran berikut :

             Tarikh      :  17 – 18 April 2012
 Masa       :  8.00 pagi – 5.00 Petang 
             Tempat   :  Dewan Theatrette, Universiti Malaysia Sabah       
                                 Kampus Antarabangsa Labuan

Bagi Siri 3/2012, hanya kakitangan UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) sahaja yang terlibat. Seramai 31 kakitangan UMS yang akan mengikuti Program ini.

Diharapkan program ini akan memberikan manfaat kepada kakitangan UMS-KAL yang terlibat.


p/s : Gambar-gambar sepanjang kursus dan juga nota-nota akan diupload setelah program berlangsung =)