Friday 11 May 2012

KURSUS INDUKSI UMUM SIRI 2/2012 -TAMAT-

Alhamdulillah...telah tamatnya Kursus Induksi Umum Bil.2/2012 yang berlangsung pada 23 - 27 April 2012 dan Ujian Akhir pada 10 Mei 2012.

Kelmarin telah diadakan Ujian Akhir bagi kursus Induksi yang terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan.

Berikut adalah bilangan peserta kursus induksi yang terlibat dengan ujian akhir :

Kumpulan Pengurusan dan Profesional - 13 orang
Kumpulan Sokongan  - 11 orang (3 orang peserta menduduki ujian akhir di Kampus Antarabangsa Labuan)

Semoga kesemua peserta akan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang bagi keseluruhan kursus ini yang mana dinilai dari segi tugasan kumpulan + ujian akhir (bagi kumpulan Pengurusan & Profesional dan kumpulan Sokongan : Gred 17 - 40) dan tugasan kumpulan + penilaian ketika kursus (bagi kumpulan Sokongan : Gred 1 - 16).

Selamat Berjaya dan Semoga Cemerlang kesemuanya !




-DG-