Friday 22 June 2012

PERSIAPAN BAGI MAJLIS AMANAT SULUNG NAIB CANSELOR UMS

Majlis Amanat Sulung Naib Canselor UMS akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh   :  25 Jun 2012 (Isnin)
Masa     :  8.00am
Tempat  :  Dewan Canselor UMS

Persiapan telah dibuat pada sebelah pagi tadi untuk Kaunter Pendaftaran.


Meja kaunter yang telah siap dihias..haha

Antara wajah-wajah yang bakal menduduki meja-meja pendaftaran pada hari isnin nanti...hehe

So, kepada semua kakitangan-kakitangan UMS...Marilah beramai-ramai hadir untuk mendengar dan menghayati Amanat Naib Canselor UMS yang ke-4 pada hari Isnin depan ni, k...

Sekian.



-DG-

MESYUARAT LEMBAGA PENILAIAN KOMPETENSI [PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN] SIRI 1/2012

Mesyuarat Lembaga Penilaian Kompetensi [Peperiksaan Perkhidmatan] Siri 1/2012  yang bakal dilaksanakan pada 25 Jun 2012 (Isnin), jam 2.30pm bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 5, Bangunan Canselori adalah ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Sehubungan dengan itu, kepada kakitangan-kakitangan akademik yang telah mengikuti kursus Pengajaran dan Pembelajaran DAN MASIH BELUM membuat penilaian praktikulum, bolehlah melakukan penilaian praktikulum dengan segera untuk melicinkan lagi proses permohonan pengesahan jawatan.

Fail Mesyuarat yang telah disiapkan ..huhuhu

KURSUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BIL.2/2012


Salam 1 Malaysia,

Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Siri 2/2012 diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh   :  18 - 29 Jun 2012
Masa    :   8.00am - 5.00pm
Tempat :  Bilik Seminar 5, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial

Hari ini merupakan hari ke-5 kursus tersebut berlangsung.

Kursus yang hanya melibatkan kakitangan Akademik ini dihadiri oleh seramai 20 orang.

Semoga kursus ini akan dapat memberikan manfaat kepada pensyarah-pensyarah yang hadir.

Sekian.




-DG-

Tuesday 5 June 2012

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN [BITK] INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM [IPTA] TAHUN 2011

Salam Sejahtera,

Pada 13 Disember 2011 yang lalu telah berlangsungnya Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan [BITK] IPTA Tahun 2011.

So, kini keputusan peperiksaan telah pun dikeluarkan oleh Pihak Universiti Teknologi MARA.

Oleh yang demikian, merujuk kepada surat daripada Universiti Teknologi MARA bertarikh 17 Mei 2012 dan telah diterima pada oleh pihak kami pada 29 Mei 2012 yang lalu, maka dengan ini diumumkan bahawa keputusan peperiksaan yang diduduki oleh 38 orang staf UMS itu....amat mengecewakan.


Surat keputusan telah diedarkan sebentar tadi. Sekian.




-DG-

AKTIVITI UPDK YANG TERKINI

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Nampaknya lama tidak update blog ni...so, berikut adalah aktiviti-aktiviti terkini yang telah berlangsung dan bakal berlangsung :

MEI
BilKursusTarikhTempatSasaranStatus
1PROGRAM ORIENTASI KHAS KAKITANGAN UMS KONTRAK JABATAN BIL.1/201228 - 29 MEI 2012TEATER AHMAD NISFU, SPSKAKITANGAN BARU UMS LANTIKAN KONTRAK JABATAN (BERDASARKAN SURAT JEMPUTAN)TELAH DILAKSANAKAN

JUN
BilKursusTarikhTempatSasaranStatus
1PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) BIL.2/201218 - 29 JUN 2012BILIK SEMINAR 5, SPiKSPENSYARAH YANG BELUM PERNAH MENGIKUTI KURSUS P&PSEDANG
BERLANGSUNG


SEBARANG PERMOHONAN KURSUS HENDAKLAH MENGGUNAKAN BORANG PEMBANGUNAN KERJAYA YANG BOLEH DIDAPATI DI SINI ------> BORANG PERMOHONAN

Sekiranya terdapat sebarang komen-komen bolehlah isi form di bawah :

Hantar emel kepada kami :

Name:

E-mail:

Comment:


Sekian, terima kasih.

-DG-