Monday 16 April 2012

PROGRAM ORIENTASI KAKITANGAN UMS


Program Orientasi merupakan suatu program latihan suai kenal yang dilaksanakan untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada kakitangan baru mengenai Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sehubungan dengan itu, pihak Unit Peperiksaan dan Kompetensi (UPDK), Sektor Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS telah merancang untuk mengadakan Program Orientasi Kakitangan UMS sebanyak 4 Siri. Sehingga kini, 2 Siri telah pun berlangsung. Siri 3 bakal dilangsungkan seperti butiran berikut :

             Tarikh      :  17 – 18 April 2012
 Masa       :  8.00 pagi – 5.00 Petang 
             Tempat   :  Dewan Theatrette, Universiti Malaysia Sabah       
                                 Kampus Antarabangsa Labuan

Bagi Siri 3/2012, hanya kakitangan UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) sahaja yang terlibat. Seramai 31 kakitangan UMS yang akan mengikuti Program ini.

Diharapkan program ini akan memberikan manfaat kepada kakitangan UMS-KAL yang terlibat.


p/s : Gambar-gambar sepanjang kursus dan juga nota-nota akan diupload setelah program berlangsung =)









No comments:

Post a Comment